Assalamualaikum wbt.
Sebagai makluman awal, sempena ketibaan Ramadhan pada kali ini, PPMK dengan kerjasama KUK telah menyusun beberapa aktiviti yang bakal diadakan sepanjang Ramadhan 2009 bersamaan dengan 1430H.
Berikut merupakan butir-butir aktiviti yang bakal diadakan :
22 Ogos : Ahlan Wasahlan Ramadhan
29 Ogos: Grand Enrichment Class
5 Sept: Forum: Unity For Peace
12 Sept: Karnival Kesenian Islam
Acara sampingan seperti Kuiz Ramadhan juga akan menemui anda sempena kedatangan bulan yang penuh barakah ini.
Kami mengharapkan sokongan anda semua bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan semoga kedatangan Ramadhan pada kali ini dijadikan satu batu loncatan untuk kita semua memperbaiki diri.
Persiapkan diri untuk menghadapi Universiti Ramadhan.
Kian berlabuh tirai Syaaban,
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Semoga segala ibadat Allah berkati.