Kelab UMNO bukan parti politik!
YB Dato’ Noh Omar
(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia)
Merangkap Pengerusi ALUMNI Kelab UMNO Luar Negara

Oleh : Zali Ariffin, Akhbar Mahasiswa (2003)

Lantaran kes pukul di Jordan, Kelab UMNO turut popular. Tetapi banyak pula kritikan dan tohmahan dilemparkan kepada Kelab UMNO seperti ianya adalah cawangan UMNO di luar negara dan tujuannya tidak lebih dari orientasi politik. Ini sudah menyalahi amanat Perdana Menteri agar pelajar tidak dilibatkan dalam politik.

Penolong Editor AM. Umar Zain bersama wartawan, Zali Ariffin dan jurugambar Sairul Azuwan berpeluang menemui YB Dato' Noh Omar, Pengerusi Pertubuhan ALUMNI Kelab UMNO Luar Negara. Beliau., yang juga Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tanjung Karang menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra di pejabatnya di Putrajaya. Ikuti penjelasan beliau tentang senario luar negara, penglibatan pelajar, politik dan peranan Kelab UMNO Luar
Negara.

AM: Boleh Dato' jelaskan apakah benar Kelab UMNO ini parti politik ?

Dato’: Kelab UMNO ditubuhkan pada tahun 1970 di London selepas peristiwa 13 Mei 1969. Pada waktu itu di London, hubungan antara pelajar Melayu dengan bukan Melayu agak tegang. Kelab UMNO ditubuhkan sebagai alat penyatuan pelajar-pelajar Melayu. Kita percaya hanya UMNO sahaja yang dapat menyatupadukan orang Melayu. Kelab UMNO tidak ditubuhkan dengan maksud sebagai parti politik. Kita cuma bawa semangat UMNO. Macam kita minat pasukan bola Liverpool, kita tubuh kelab peminat Liverpool. Adakah mereka ini pemain Liverpool? Mereka yang minat dengan pasukan Selangor, tubuhkan kelab penyokong bolasepak Selangor. Konsepnya lebih kurang sama. Kelab UMNO Luar Negara ditubuhkan bukan sebagai cawangan UMNO. Malah dalam perlembagaan UMNO pun tidak disebut mengenai Kelab UMNO. Siapa yang jadi ahli Kelab UMNO tidak secara automatik jadi ahli UMNO. Ada juga ahli Kelab UMNO Luar Negara bila pulang ke tanah air menyertai parti pembangkang. Tujuan menubuhkan Kelab UMNO ialah ingin melahirkan rasa terima kasih kepada UMNO kerana pelajar-pelajar Melayu dan tajaan kerajaan di luar negara tidak tahu berterima kasih dengan nikmat yang mereka dapat di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional berasaskan perjuangan UMNO sehingga mereka dapat melanjutkan pengajian ke luar negara. Mereka mungkin dari golongan cerdik pandai, tapi kalau kerajaan tak membantu, kemungkinan mereka tidak dapat ke luar negara. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan 10 Al, sekalipun, tetapi kalau datang dari keluarga yang miskin dan kerajaan tidak membantu dia memberi biasiswa atau bagi pinjaman pendidikan, dia tak akan dapat ke luar negara. Jadi. kita lihat di luar negara ada kumpulan yang tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan pimpinan UMNO. Sebab itu timbulah kumpulan pelajar Melavu yang mahu berterima kasih, yang tahu bersyukur. Cara mereka hendak berterima kasih kepada kerajaan -atas perjuangan kerajaan membela nasib orang-orang Melayu - maka mereka tubuhkan Kelab UMNO di luar negara. Kita juga dapati di luar negara ada kumpulan-kumpulan yang mengkritik UMNO - menghentam kerajaan. Apakah salah kalau ada kumpulan yang membela kerajaan? Mereka inilah yang akan berdepan dengan kumpulan peng-kritik kerajaan bagi menjelaskan keadaan sebenar - membetulkan tanggapan-tanggapan negatif. Kita berbeza dengan parti pembangkang. Parti pembangkang parti pengecut. Pelajar-pelajar luar negara yang menyokong parti pem-bangkang adalah kumpulan yang pengecut, tidak berani berterus-terang. Saya bagi satu contoh - mereka tidak berani menubuhkan Kelab PAS tetapi menggunakan pertubuhan-pertubuhan lain, sebagai contohnya Pertubuhan Hizbi di United Kingdom. Mereka tidak menggunakan nama Kelab PAS tetapi setiap kali mereka mengadakan perhimpunan musim panas dan musim sejuk Pertubuhan Hizbi, mengapa mereka jemput pemimpin PAS dari tanah air? Apa kaitan Pertubuhan Hizbi dengan Parti PAS? Mengapa dijemput pemimpin kanan PAS -macam baru ini jemput Hadi Awang. Hadi Awang tak dapat datang jemput pula Nasharuddin Mat Isa merasmi dan mengambil bahagian dalam seminar mereka? Mereka ini penyokong PAS tapi tidak berani menggunakan nama Kelab PAS - dia guna nama Pertubuhan Hizbi UK & Eire.Mengapa tak jemput Menteri Pendidikan? Mengapa Hizbi mesti jemput PAS? Sebab tu, bagi kita. pelajar yang pimpin dan sokong Hizbi inilah yang berpolitik. Sebabnya mereka membawa politik kepartian.Nampak tak bezanya? Pemimpin Pas tak ada sebab nak jumpa pelajar-pelajar luar negara terutamanya pelajar-pelajar tajaan Kerajaan (BN), kecuali kalau pelajar-pelajar ini tajaan Yayasan Terengganu. Itu okay. Dia boleh jumpa sebab itu memang student dia (Kerajaan Terengganu).Tapi kalau pelajar itu di bawah JPA, di bawah MARA, apa kaitannya dengan Parti PAS? Kalau saya pergi (jumpa pelajar). saya ada kena mengena. Saya Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri. JPA dibawah Jabatan Perdana Menteri. Kalau Dato' Seri Nazri Aziz pergi. dia ada kena mengena. MARA di bawah dia. Kalau Menteri Pendidikan pergi -dia ada hak nak jumpa student-student dia.Secara kebetulan. Menteri orang UMNO. Dato" Seri Nazri Aziz orang UMNO. Saya orang UMNO. pemimpin kerajaan ramai orang UMNO sebab UMNO yang memerintah. Jadi. kita pergi ke sana bukan sahaja sebagai pemimpin UMNO tetapi sebagai pemimpin kerajaan untuk melihat dan menyelesaikan masalah pelajar.siapa yang nak menyelesaikan masalah pelajar -pelajar ini?Bolehkah Nik Aziz dan Hadi Awang selesaikan masalah pelajar kalau masalah itu timbul di London? Boleh selesai? Dia jangka tidak boleh selesai!Dia tak akan bercakap berkenaan masalah kebajikan pelajar. Dia hanya bercakap menanamkan perasaan supaya benci kepada kerajaan.

AM: Bukankah sepatutnya para pelajar ini kerana berada di luar negara lebih baik bersatu padu? Apa perlunya pelajar luar negara menganut fahaman politik kepartian sehingga menjejaskan kesatuan? Apakah ini sesuatu yang sihat?

Dato’: Yang jadi kecoh sampai macam ni kerana pembangkang. Pembangkang ni - PAS kalau tengok sejarahnya memang dari dulu lagi kerjanya memecah belahkan orang Melayu. Dulu mana ada PAS? Sewaktu kita menuntut kemerdekaan. satu sahaja parti orang Melayu iaitu Parti UMNO. Dia tak puas hati kalah bertanding Yang Dipertua UMNO -Ahmad Fuad kalah bertanding dengan Tunku Abdul Rahman. Dia tubuh PAS. Itulah mulanya orang Melayu ni berpecah. Mulanya politik kepartian. Daripada situ kita dapat lihat UMNO jelas memang nak menyatupadukan orang Melayu.Malah semangat perjuangan UMNO bukan sahaja nak menyatupadukan orang Melayu sahaja - tetapi semua kaum. Lihat PERIKATAN. Dulu cuma ada tiga parti kini sampai empat belas parti di dalam Kerajaan Barisan Nasional. Ada yang keluar Barisan kini masuk balik Barisan Nasional.Siapa tengok Barisan Nasional? Parti UMNO.Kita tengok Parti PAS - macam mana dia nak menyatupadukan orang Melayu - dulu di Kelantan dia bersama dengan Parti Semangat 46 menubuhkan Kerajuan Angkatan Perpaduan Ummah. Akhimya Parti Semangat 46 keluar tinggal PAS seorang.Bayangkan. PAS dengan Parti Semangat 46 menghadapi pilihan raya bersama, tak lama selepas tubuh kerajaan, Parti Semangat 46 sanggup keluar dari Angkatan Perpaduan Ummah dan masuk Barisan. Macam mana PAS kata dia nak satupadukan orang Melayu? Parti Semangat 46 pun tak boleh tahan dengan rnereka.Dia nak menyatupadukan kaum? Jauh sekali. Dengan DAP dulu bersekongkol sebelum pilihan raya 1969, tapi selepas 1969, PAS lari, DAP pun lari. Maknanya dari segi parti politik. PAS tidak mampu menyatupadukan kaum. Kalau dibiarkan pelajar-pelajar kita di luar negara begitu sahaja. tidak diganggu fikiran mereka.,maka mereka tidak akan berpecah. Perpecahan di luar negara sekarang ini kerana ada sekelompok pelajar yang ingin mempertahankan kebenaran menyokong kwerajaan. Sekelompok lagi terdiri daripada mereka yang telah diracuni fikiran. Menganggap apa sahaja yang kerajaan buat tak betul. Sampaikan kerajaan bagi mereka biasiswa belajar ke luar negara pun dia kata ini tanggungjawab kerajaan. Dia kata siapa sahaja memerintah, pasti dia akan dapat biasiswa.

AM: Ada tanggapan bahawa bila kerajaan berpendirian pembangkang tidak boleh berjumpa dengan pelajar itu sudah melanggar demokrasi.

Dato’: Kalau dikatakan kerajaan tidak demokrasi. saya fikir ini satu tanggapan yang silap. Dari sudut maklumat., dia duduk luar negara pun dia dapat maklumat. Dia sudah boleh buat perbandingan. Saya nasihatkan para pelajar kita di luar negara ini buat perbandingan antara diri dia sebagai pelajar Melayu - rakyat Malaysia berbanding dengan pelajar-pelajar negara lain. Demokrasi ni nak kena jelas. Macam pembangkang di Malaysia, peranannya tidak jelas. Apa yang kerajaan buat dia bangkang saja walaupun hati kecil dia berkata apa yang kerajaan buat tu betul. Walaupun misalnya hati kecil dia berkata rnemang patut anak Melayu belajar bahasa Inggeris supaya tidak ketinggalan zaman. tetapi kerana dia pembangkang, dia akan mainkan sentimen kononnya kerajaan nak menghina orang Melayu, ikut balik sistem penjajah.Cuba kita lihat, anak orang yang bercakap tu belajar kat mana? Ada anak pemimpin dia (parti PAS) belajar di England. Cakap bahasa Melayu ke kalau belajar kat England? Tapi tang dia. kononnya pejuang bangsa kerana politik., dia kata kerajaan buat tak betul. Isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) - kita nak tanya berapa ramai anak pemimpin PAS yang dihantar ke S AR? Anak dia sendiri tidak dihantar ke SAR. Anak rakyat dia (pemimpin Parti PAS) suruh hantar ke SAR. Jadi inilah cara pemikiran politik pembangkang. Kita lihat mereka sanggup buat apa sahaja asal dapat keuntungan politik.

AM: Bagi saya Dato' para pelajar yang dikatakan pro-pembangkang ini bukan sekadar anti-establishment, ternyata mereka bergabung terang-terangan dengan pembangkang.

Dato’: Bila kita kata seseorang atau kumpulan itu anti-establishment, kita mudah kaitkan mereka dengan parti pembangkang. Saya pernah jumpa seorang pemimpin pelajar yang dikatakan pro-pembangkang ni, saya kenal secara peribadi dengan dia. Dia kata dia bukan pro-pembangkang. Kelab UMNO jemput dia datang. Parti PAS jemput pun dia datang. Mungkin seperti apa yang saya katakan tadi, oleh sebab Parti UMNO kurang mendampingi pelajar maka pelajar kurang mesra dengan kita. Parti PAS pula sering berdamping dengan pelajar, tidak hairanlah pelajar rapat dengan mereka. Parti UMNO tak nak kacau pelajar sedang belajar. Hari ini kita lihat pembangkang dah masuk kampus. Kalau Parti UMNO tak ikut sama, semua pelajar takkan sokong Parti UMNO. Bagaimanapun, sekarang kita lihat, perubahan di kalangan pelajar dah ada. Saya pernah berdialog secara tertutup dengan persatuan mahasiswa di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Bila kita berdialog dari hati ke hati kita terangkan sesuatu isu itu - dekat dua jam lebih, pemimpin dia mengaku, kalau kerajaan boleh beri penerangan dengan jelas, maka pelajar akan faham secara jelas akan tindakan kerajaan dan dia kata pelajar akan sokong kerajaan Tapi masalahnya, mesej tidak sampai secara jelas kepada pelajar. Pelajar ditanam dengan fikiran supaya jangan percaya kepada akhbar dan media massa, jangan percaya kepada Berita RTM dan TV3. Hanya percaya kepada Akhbar Harakah. Itu yang kadang-kadang secara sinis, bila pelajar datang jumpa saya mengadu susah hendak dapat kerja, saya jawab dah baca Akhbar Harakah mana nak dapat kerja? Akhbar Utusan Malaysia tak nak baca, Ahbar Berita Harian tak nak baca, Akhbar New Strait Times pun tak nak baca, Akhbar mana yang banyak iklan kerja? Iklan kerja kerajaan mana ada dalam akhbar Harakah?

AM: Ada dakwaan pemimpin kerajaan takut ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), takut kena boo dan macam-macam lagilah.

Dato’: Saya lihat bukannya kita (pemimpin kerajaan) takut. Tetapi pelajar yang tidak rasional. Pengalaman saya. sebelum pilihan raya 1990, saya ke Universiti Malaya. Kita tengok siapa penganjur dia. Kalau penganjur dia rapat dengan pembangkang maka dia telah susun program tu. Pengerusi orang dia. Kemudian hari tu saya dengan Mahfuz Omar, Ketua Pemuda Pas dan Roslan Kassim, Ketua Penerangan Parti Keadilan. Seorang lagi pensyarah, dari penyampaian dia kita tahu dia pembangkang. Pengerusi pun dari ulasan dia berpihak kepada pembangkang. Pengerusi kata dia benarkan kita bercakap selama 7 minit, kita tak habis lagi 6 minit, dia kata masa dah habis. Kalau kita terus cakap, budak-budak boo kita. Bila masa Mahfuz dengan Roslan bercakap, saya lihat masa yang diberi kepada mereka lebih dari sepuluh minit. Nampak? Bukannya kita takut. Tapi biarlah adil. Sampai saya kata, kalau begini punya keadaan forum, baik diadakan forum di dalam bilik ceramah yang tertutup. Penceramah duduk di dalam bilik, pendengar duduk di luar. Dengan ini barulah tiada gangguan dari mana-mana pihak. Keadaan sekarang, di forum mereka, kita tak boleh bercakap. Kita bercakap saja budak-budak dia 'boo'. Kalau pemimpin mereka bercakap, budak-budak diam dan mendengar mesej apa yang nak disampaikan. Oleh itu kita datang jadi bahan 'boo', bahan sorakan dia orang. Sebab itu ramai pemimpin dari Parti UMNO yang tak minat nak datang.Lepas saya kena sekali. kita pulak anjur satu forum. Kita panggil pelajar-pelajar yang kita tahu sebelah kita. Saya dan Dato' Rais Zainuddin dijemput sebagai bekas pemimpin pelajar, kemudian kita jemput wakil Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang. Tapi dia tak mahu datang. Di USM, saya pergi, di UKM saya pergi. Saya tanya siapa ahli panel, saya tengok ada ahli dari pembangkang. Saya tetap datang. Tetapi dia pula bila dia tengok yang anjur tu bukan orang dia, dia tak berani datang. Kalau begitu di mana beraninya pembangkang? Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara pernah menjemput Mahfuz Omar, ketua Pemuda Parti Pas. dia pun tak berani datang. kalau nak buat forum. buatlah secara adil seperti di UKM. Semua dijemput dan semua diberi masa yang cukup untuk berucap.

AM: Kalau banyak SAR, banyaklah lulusan agama dan mereka ini dihantar ke Timur Tengah khasnya Mesir untuk melanjutkan pengajian.

Dato’: Sudah menjadi rahsia umum, Timur Tengah ini sarang mereka (PAS). Bila mereka balik tidak ada kerja kerana bidang agama memang tidak menyediakan peluang kerja yang luas. Dilihat dari perspektif ini, kitaran ini seolah tidak akan selesai. Kita pulak kelihatan menyuburkan pembangkang di Timur Tengah. Macam mana kita nak tangani situasi ini? Benda ni kita dah sedar. sebab itu kita ambil keputusan untuk selamatkan SAR. Sebelum itu, elok saya jelaskan di Malaysia ni ada 3 jenis sekolah agama. Satu dipanggil Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah Kementerian Pendidikan. Sekolah ini berasrama penuh dan lulusan sekolah ini mempunyai pilihan sama ada nak meneruskan dalam bidang agama atau pun profesional yang lain.Satu lagi sekolah agama terletak di bawah Kerajaan Negeri. Gurunya dipilih oleh Kerajaan Negeri. Bayaran sekolah dan sebagainva semua ditentukan oleh Kerajaan Negeri.Satu lagi sekolah agama ini ialah Sekolah Agama Rakyat (SAR), kebanyakannya Sekolah Menengah. SAR ini memang hidupnya ditadbirkan oleh pengurusan jawatankuasanya. Kerajaan selama ini memberi bantuan per kapita melalui Kementerian Pendidikan dan bantuan kemahiran hidup bersepadu melalui JAKIM. Duit inilah yang mereka gunakan untuk bayar gaji guru. untuk membeli peralatan dan sebagainya. Soalnya hari ini, kita bagi bantuan, tetapi kita tak boleh usik. Baru balik Mesir sebulan dah jadi Guru Besar. Pentadbiran dikawal oleh parti politik tertentu. Keduanya, SAR ini daif. Dia kena buat bangunan sendiri. Orang melihat seolah-olah belajar agama Islam ini begitulah keadaannya. Sekolahnya daif, asramanya teruk. bangunannya kayu dah lama, buku-buku pun second hand.Adakah ini lambang tempat orang Islam belajar agama? Islam itu kan agama terbaik. Umat Islam umat terbaik. tetapi apakah ini tempat yang wajar untuk orang Islam belajar agama? Sudahlah daif, tidak tersusun, sampai dulu yang terbakar pun ada. Jadi kalau orang bukan Islam melihat begitu keadannya. imej itu akan kekal dalam ingatan mereka. Nampak macam orang Islam ini tak begitu endahkan soal agama. Kita kena tanya diri kita apakah itu keadaannya yang kita nak tonjolkan sebagai tempat orang Islam belajar agama?Aset penting sesuatu sekolah adalah guru. Kita dapati guru SAR ini tidak terlatih. Gaji guru-gurunya juga agak rendah. Tak macam guru di Sekolah Kebangsaan yang ada skim gaji tetap. Yang timbul masalah ni di beberapa negeri. Di Selangor tidak timbul masalah sebab semua SAR kerajan negeri dah ambil alih. Gaji kita bagi, ko-kurikulum kita tentukan. Dan lulusan sekolah agama di Negeri Selangor ini boleh meneruskan pengajian dalam bidang agama atau pun bidang profesional.Di Selangor kalau ada pun SAR. ianya Tahfiz - sekolah KAFA sahaja. Walaupun sekolah KAFA ini mengajar macam SAR tetapi guru-lguru sekolah KAFA ini kerajaan negeri yang pilih dan bayar gaji. Tidak ada masalah.Bila kerajaan berhentikan bantuanl per kapita, pembangkang bising. Bantuan per kapita ini bukan merupakan hak. Ini adalah dari budil bicara Kerajaan Persekutuan nakl bantu. SAR ini tidak ada kenal mengena dengan kerajaan. Tapi nampaknya kita bantu dia gigit jari balik. Sudahlah kita tak boleh usik, tak boleh tegur sekolah dia. Dia nak gigit kita balik, lagi. Jadi. kita berhentikanlah (bantuan).Kita tidak kata nak tutup (SAR). Kita belum buat keputusan lagi. Apa yang kita buat sekarang ini - kita hentikan bantuan per kapita kepada SAR yang kita beri bantuan. Bila kita hentikan bantuan, SAR menghadapil masalah sebab tak ada duit. Gaji guru tak bayar. Peralatan tak boleh beli. Mengharapkan sumbangan orangl ramai. Sekolah ni memang serba kekurangan.Kita buat seruan. Kita tak beri bantuan tetapi kita tak tutup. Kalaul boleh kendalikan, teruskanlah buat masa ini. Kita tak halang. Kalau Parti PAS misalnya, nak tanggung SAR, tanggunglah. Masalahnya, Parti PAS ni pun tak ada duit. Kita tak tutup. Malah kita seru, kalau anak tak mampu SAR, masuk sekolah kerajaan. Semua kita bantu. Sekolah kita lengkap, guru kita terlatih. Sekarang ni, kalau orang miskin masuk sekolah kerajaan, kita bagi lagi seratus dua puluh ringgit bantuan.

AM: Sesetengah ibubapa berpendapat menghantar anak mereka ke SAR akan menghasil kan anak-anak yang bermoral.Kalau nak kata sekolah yang bukan SAR ini akan menghasilkan lulusan atau pemimpin yang tidak bermoral. saya nak tanya berapa ramai pemimpin dari Parti PAS lulusan SAR? Kita tengok pimpinan dia - Hassan Ali, saya tak tahu bila dia masuk SAR. Dia sekolah dulu sekolah kebangsaan kemudian masuk Universiti Malaya. Yang saya saya tahu dia Ph.D dari Amerika. Mahfuz Omar - masa bila dia masuk SAR? Mat Sabu bila masa masuk? Saya tahu dia lulusan dari ITM. Kamaruddin Jaafar? Saya tahu dulu dia pensyarah.Cuba beritahu saya berapa ramai pemimpin PAS lulusan SAR? Kumpulan Nik Aziz dengan Harun Taib? Berapa orang? Kalau nak bagi tau rakyat hanya lulusan SAR bermoral bermakna lebih separuh dari pemimpin PAS tu pun tak bermoral juga, sebab mereka bukan produk SAR, mereka produk sekolah kebangsaan. Itu sebabnya saya kata PAS hari ini ada PAS jawi dan PAS rumi . Berapa ramai ahli PAS sekarang ni yang boleh baca jawi? Produk sekular juga. Itu sebab di dalam Parlimen saya kata mereka ini mualaf PAS kerana dia (Pemimpin Parti PAS) kata PAS itu Islam. Islam itu PAS. Ertinya orang yang baru masuk Islam. Mualaflah. Kalau tak nak jadi mualaf, kena isytihar Parti PAS tu parti politik.

A.M : Kalaulah tujuan kita sekadar agar tujuan MPP itu dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka saya lihat tidak perlulah pilihan raya. Biar pihak universiti lantik sahaja. Lagipun MPP cuma untuk setahun sahaja. Bukannya lama dan tak banyak pun yang MPP boleh buat.Pilihan raya okay. Pelajar boleh belajar berkempen. Belajar jadi calon.

AM: Itu yang sekarang ini dijadikan hujah. "Katanya nak mendidik kami memahami pilihan raya. Tapi tak boleh berparti, peraturan begitu banyak yang menyebabkan dia terbatas dalam meneroka ruang pilihan raya."

Dato’: Kalau esok. dia jadi calon pilihan raya di luar, pun sama. Dia berkempen kat luar pun bukan boleh suka hati nak kempen. Ada juga had masa. Pukul 12.00 tengah malam dah tak boleh kempen. Kemudian, dia tak boleh tabur fitnah dan sebagainya. Bermakna, kalau dia keluar dari universiti - keadaannya sama - tetap ada peraturan. Tinggal lagi dia rasa tertekan tu saya tak faham. Saya dah kaji dah AUKU ni bahagian mana yang menekan pelajar? Kalau nak bertanding, nak berkempen, mesti minta dengan Hal Ehwal Pelajar. Kalau di luar kena minta dengan polis.Sekarang jadi calon dalam universiti dia kena hantar laporan kewangan, besok dia jadi calon di luar pun dia kena hantar laporan kewangan. Kalau kemudian dia jadi pe-mimpin parti, dia kena hantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan.Kesimpulannya. masa jadi pelajar dengan di luar tak jauh bezanya. Kedua-duanya ada undang-undang. Cuma dikuatkuasakan oleh badan yang berasingan. Undang-undang ada di mana-mana pun.

AM: Nasihat dan pandangan kepada MPP yang baru dibentuk.

Dato’: Saya nak nasihatkan jadikan majlis ni sebagai medan untuk mereka melatih dan mencari pengalarnan sebagai pemimpin. Kita harap bila dia jadi pemimpin, dia akan tahu rasa tanggungjawab. Sebagai pemimpin, saya nak tekankan lagi, dia mesti ikut perkembangan politik tetapi dia jangan masuk politik kepartian.Pemikiran dia mesti terbuka. Sebagai pelajar dia mesti ada idealisme dia sendiri bukan jadi budak suruhan. Saya lihat isu-isu yang diperjuangkan oleh pelajar dengan isu-isu parti pembangkang sama saja. Pembangkang biarlah dengan isu nasional, kita dah jawab pun di parlimen.Buat apa pelajar nak jadi pak turut pembangkang? Banyak lagi isu terutama yang berkaitan dengan pendidikan yang boleh diperjuangkan. Persatuan pelajar kena buat kajian apa yang pelajar tak puas hati. Macam PTPTN, desak hapuskan 4% kini kita pun dah setuju buat secara Islam.Tapi bila kita berjuang kita kena lihat apa yang bangsa kita dapat. Macam PTPTN, mana yang dapat keputusan kelas pertama tak payah bayar. Siapa yang dapat kelas pertama ni ?Kebanyakannya Cina; yang berjuaug budak Melayu. Sepatutnya kalau betul ini perjuangan dia, bila kerajaan dah setuju graduan kelas pertama tak payah bayar, langkah kedua dia hendaklah usahakan - atau tanamkan semangat supaya para pelajar Melayu ni dapat kelas pertama supaya tak payah bayar pinjaman. Ini baru perjuangan pelajar. Bukannya nak mencari salah kerajaan. Bukannya nak suarakan suara pembangkang. Dia kena tegas. Kalau pembangkang buat salah, dia kena ke depan juga. Kalau nak dicari salah kerajaan pun, dia kena tengok juga kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu; apakah telah berjaya sebagai kerajaan? Jangan hanya cari salah kerajaan pusat sahaja.Kalau daripada segi agama, bila pemimpin PAS sebut pangkah PAS masuk syurga, apakah konsep ini betul? Dia kena ke depan mengatakan perkara itu tidak betul. Begitu juga dengan kenyataan Allah mencarut, Tuhan samseng... dia kena ke depan. Kalau dia berani cakap pemimpin kerajaan tak betul, nyanyuk... Dia kena cakap Tok Guru ni pun dah nyanyuk. Dia kena adil. Baru orang boleh hormat kepada pemimpin pelajar. Kalau tak siapa nak hormat? Kalau kita anggap dia hanya peluru kepada pembangkang, siapa nak hormat'?Tapi kalau dia berani ke depan, pembangkang salah pun dia berani kata tak betul, barulah kita hormat. Misalnya dalam isu hudud. Undang-undang hudud telah pun diluluskan tetapi kerajaan Terengganu menangguhkan perlaksanannya. Patutnya pelajar-pelajar yang kononnya pro-Islam ini bangun. desak. cabar kerajaan Terengganu laksanakan segera. Tetapi mana suara mereka? Tidak ada. Tetapi cuba kerajaan PAS kata UMNO tolak hudud. itulah yang pemimpin pelajar ini akan cakap.

Kan jelas budak suruhan pembangkang? Kalau nak berpolitik, kalau nak bercakap isu nasional, pelajar kena adil. Tambahan pula sekarang ini pembangkang juga sudah membentuk kerajaan (negeri), lagi senang nak buat perbandingan. Barulah orang hormat. Janganlah bantai tak tentu hala. Dia kenalah ada cadangan-cadangan.

AM: Terima kasih, Dato'.