JALINAN MUSIM SEJUK 2009

Pada tanggal 25~27 Disember 2009 yang lalu,Kelab UMNO Korea dengan kerjasama Korea Islamic Malaysian Students(KiMS) dan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) telah mengadakan satu program winter camp iaitu Jalinan Musim Sejuk 2009.JALINAN MUSIM SEJUK 2009 merupakan satu program yang menyatukan semua pelajar muslim Malaysia di Korea dalam inisiatif mengeratkan ukhuwwah antara satu sama lain. Tidak dinafikan ukhuwwah merupakan satu elemen penting dalam dalam mengembalikan kegemilangan Islam yang dapat kita hayati dalam perjuangan Rasulullah SAW yang melahirkan generasi islam yang cemerlang yang mengubah sejarah dunia melalui elemen ukhuwwah.

OBJEKTIF

  1. Memberi peluang kepada semua pelajar muslim untuk menghayati keindahan dan kesyumulan Islam serta mempraktikkan dan menerapkan cara hidup dan nilai-nilai Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.
  2. Memupuk semangat ukhuwah dan mahabbah serta nilai-nilai murni dikalangan pelajar, serta mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka.
  3. Melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin, berilmu, berdedikasi, muhibbah, dan harmoni seperti yang dianjurkan oleh Islam.
  4. Mewujudkan kesedaran di dalam diri para pelajar tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan tingginya martabat orang berilmu sebagaimana yang digariskan oleh Islam seterusnya melahirkan generasi berilmu dan berpengetahuan baik dari segi ilmu duniawi mahupun ukhrawi.

PENGISIAN PROGRAM

  1. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) akan dikelolakan dan dilaksanakan oleh fasilitator-fasilitator yang dipilih dari kalangan pelajar.
  2. Kuliah keagamaan menekankan aspek Tanggungjawab sebagai Pelajar Muslim
  3. Tayangan-tayangan video-video berkaitan permasalahan umat islam di seluruh dunia seperti di Palestin.
  4. Riadah

Program pada tahun ini dianggap berjaya kerana mendapat sambutan yg baik daripada kalangan pelajar meskipun ramai yang pulang ke Malaysia. Kerjasama semua pihak juga wajar dipuji kerana tanpa semangat dan komitmen yang tinggi,JUMS2009 tidak mungkin akan terlaksana dengan jayanya. Dan maklum balas yang diterima juga sangat positif dan memberikan kami semangat untuk membuat yang lebih baik untuk aktiviti aktiviti KUK yang seterusnya.

Semoga apa yang kita kerjakan mendapat keredhaan Allah swt dan sama samalah kita berusaha ke arah yang lebih baik lagi.InsyaAllah~


Leave a Reply