Renungan bersama sempena minggu exam~
Assalamualaikum wrt.
Periksa…periksa…periksa,dan seperti biasa musim peperiksaan datang lagi untuk kesekian kali.Bagi rakan-rakan yang telah habis peperiksaan tahniah diucapkan dan bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan tahniah juga kerana anda juga bakal tamat peperiksaan,dengan jayanya InsyaAllah.
Sebagai pelajar kita semestinya mengharapkan yang terbaik dalam apa jua peperiksaan yang dihadapi.Akan tetapi Allah jualah yang mengkehendaki setiap sesuatu yang terjadi terhadap hamba-hambaNya.Oleh itu,yakinlah kita bahawa Allah tidak akan menzalimi hambanya yang telah berusaha.
Pepatah Arab menyebut
“من جدّ وجد من كسل ندم”
“Siapa yang bersungguh-sungguh dia mendapat(hasil)siapa,bermalas-malasan dia gagal”
Berkerja, berusaha dan berpenat lelah untuk mendapatkan rezeki diperintah oleh Allah. Insan tidak dibenarkan duduk berdoa menunggu rezeki datang tanpa berusaha. Namun, jika dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya disebabkan faktor-faktor yang berlaku di alam ini, maka kegagalan itu bukan lagi kesalahannya.
Dia diberikan pahala atas segala usaha dan kesungguhannya, sekalipun tidak berjaya. Bahkan dia diberikan ganjaran pahala yang lebih atas redha dan kesabarannya. Hendaklah dia beriman bahawa Allah boleh mendatangkan rezeki kepadanya dengan berbagai cara, sekalipun tanpa usaha daripadanya. Namun usaha adalah perintah Allah.
Walaupun usaha bukan faktor segalanya, namun ia adalah salah satu sebab yang Allah letakkan di alam ini untuk rezeki diberikan kepada seseorang hamba. Kegagalan usaha adalah ujian Allah yang biasanya berlaku disebabkan sistem atau perjalanan alam yang Allah tetapkan juga. Ini seperti kemarau, hujan, kezaliman, persaingan hamba-hamba Allah yang lain dan seumpamanya.
” Karim tu elok je dapat makah tinggi. Time org solat die tido. Bangun main game. Study gitu-gitu jer. Dapat markah tinggi belaka”.
Kadang-kadang kita cemburu dengan insan yang cemerlang mekipun kurang usahanya berbanding usaha kita.Tetapi adakalanya Allah menguji hambaNya dengan musibah. Untuk menjadikan hambaNya dekatkan diri padaNya,mengadu padaNya. Nikmat juga, sebenarnya ujian dari Allah, dimana ingin melihat sejauh mana hambanya bersyukur. Apa yang ditakuti, apa yang berlaku pada sahabat tadi bagai ujian dari Allah yang akhirnya akan timbulnya istidraj. Allah memberikan nikmat yang berganda dan tidak putus-putus, sedangkan hambanya tidak bersyukur serta takbur lalu Allah membiarkan hambanya semakin jauh. Ditambahkan lagi nikmat kepadanya. Bagai firaun yang leka sehingga tahap mengaku tuhan dan akhirnya mati dalam kemurkaan Allah s.w.t. nauzubillah.
Jika kita berhajat untuk cemerlang peperiksaan,berdoalah.Berhajatlah dengan tertib yang diajar oleh Al-quran dan sunnah.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)
Dalam masa yang sama kondisi hati kita juda memainkan peranan dalam penerimaan doa oleh Allah, dalam hadis menyebut:
Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin akan dikabulkan. Ketahuilah! Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menerima doa yang lahir dari hati yang lalai dan alpa”. (hadis al-Tirmizi)
Akhirul kalam,anda adalah insan yang berjaya.












thumbs up!
peringatan yg bgus utk refleks semula diri~
Assalamualaikum ^^
Menarik artikel…insya Allah sesuatu yg kite minta tp tak dpt skrang akan kite perolehi satu hari nanti…jangan putus asa andaikate markah yg kite dpt tak sebyk usaha kite ye ^_^
Ade byk sbb, satu mungkin sebab usaha kite yg masih kurang, tetapi kite rase dah cukup (cuba banding dgn usaha-usaha mereka yang rajin dan berjaya)…
Mungkin juge sebab kejayaan yang terbaik pd kita bukan pd exam kali ni, tapi pd masa-masa depan ataupun mungkin pada perkara2 lain dan hanya Allah yang tahu (Art of patience)…
Mana-mana pun kemungkinan, yang penting keyakinan kita dan semangat untuk tak mengalah (determination not to concede)…
Insya Allah tgk kembali mane2 yg kurang, perbaiki dan perhebatkan lagi kemudian serahkan bulat2 pd Allah ^^ (believe n tawakkal)
Hwaiting !!