Laporan Demi Al Aqsa(DAQ)

Pendahuluan

21 November 2009 yang lepas telah berlangsung Malam Kemuncak Program Demi  Al Aqsa di Dewan Auditorium Dongyang Technical  College.Program ini dilaksakan atas usaha untuk memupuk kesedaran pelajar-pelajar khususnya yang beragama Islam supaya prihatin terhadap nasib saudara seakidah ini.bukan sekadar itu,Isu kemanusiaan ini sengaja dibangkitkan supaya rakan-rakan yang beragama lain turut memahami penderitaan insan-insan yang dizalimi di bumi Palestin.  Program anjuran bersama Korea Islamic Student Society (KIMs) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia Korea(PPMK), dan Aman Palestin Berhad ini telah dihadiri lebih 200 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum.

Objektif

  1. Mengutip derma dan sumbangan untuk warga palestin yang ditindas oleh kekejaman rejim zionis.
  2. Mencetus kesedaran dalam jiwa para pelajar supaya prihatin terhadap isu keganasan yang berlarutan di timur tengah.
  3. Memberi penerangan kepada audien tentang sejarah,realiti dan gambaran sebenar isu di Palestin
  1. Sebagai salah satu program ke arah kerjasama persatuan-persatuan di kalangan para pelajar Malaysia di Korea Selatan.

Tema

“Satu Suara Buatmu Al-Aqsa”

Tarikh

7November2009~21November2009

Tempat

Dewan Auditorium Kolej Teknikal Dongyang

Konsep Program

Program  ‘Demi Al-Aqsa” ini telah bermula beberapa minggu sebelum malam kemuncak.Penganjur telah mengadakan beberapa pertandingan seperti; pertandingan membina replika masjid,pertandingan menggubah sajak,pertandingan video pendek,,pertandingan mereka “wallpaper” dan kuiz online.Acara-acara  ini telah mendapat sambutan hangat dari para peserta.

Pada malam kemuncak(21November),majlis diteruskan dengan ceramah berkenaan isu Palestin,penceramah telah dijemput khas dari wakil Aman Palestin Berhad iaitu Ust Soberi Bin Awang.Ceramah beliau menekankan isu Palestin bukanlah isu khusus bagi umat Islam bahkan ianya isu keamanan sejagat.

Bagi mewujudkan suasana yang lebih efektif,pihak penganjur telah membuka sudut-sudut pameran di mana hasil karya para peserta dipamerkan.Selain itu gerai-gerai jualan makanan dan bahan bercetak turut diadakan.Para audien yang hadir memakai baju yang ditempah khas untuk malam kemuncak ini.

Majlis disudahi dengan penyerahan replika cek kepada wakil Aman Palestin Berhad iaitu Ust Soberi B Awang sendiri. Hasil kutipan derma akhir yang berjaya di pungut pada malam kemuncak ialah 1 832 000 won, RM30 dan 1 USD.

Perjalanan Program

7/11/ 2009

Semua aktiviti dan pertandingan dimaklumkan dan penyertaan dibuka.

21/11/ 2009(malam kemuncak)

1740 : solat maghrib berjemaah

1815 : perasmian majlis:

Ucapan En Hanisan

Ucapan pengarah program

-acara perasmian(gimik untuk perasmian program)

1845 : persembahan nasyid dan tayangan pemenang montaj pendek

1900 : pembentangan isu palestin oleh penceramah jemputan

(ustaz soberi awang)

2015 : sesi soal jawab

2030 :  -penyerahan hadiah bagi para pemenang pertandingan

-penyerahan cek replika kepada pihak aman palestin berhad.

2045 : sesi ramah mesra

2100 : majlis bersurai

DSC_0765

Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat: En. Hanisan bin Hashim Abdullah

Pengarah Program: Ahnaf bin Ab Qais

Timbalan Pengarah Program I : Nadzirah Binti Murtadha

Timbalan Pengarah Program II: Mohd Kamil B. Halim

Bendahari: Mohd Hafizul bin Ismail

Setiausaha: mohamad adib bin zainal

Jawatankuasa Pameran: Iszaidy bin Ismail

Jawatankuasa Protokol Program: Muhd Haikal bin Samsudin

Jawatankuasa Promosi: ‘Ammar bin Muhammad

Jawatankuasa Keselamatan: Mohd Qhairul Amirin bin Kasim

Jawatankuasa Persembahan: ‘Ammar bin Abdullah

Jawatankuasa Jualan: Abdul Ghani bin Salleh

Penutup

Maklum balas pelajar yang menyertai program kali ini menyatakan program ini cemerlang dan telah berjaya mencapai objektif yang diharapkan.Semoga program berbentuk kebajikan dan keagamaan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Leave a Reply