Ini Sejarah Kelab UMNO Korea(KUK), ini bukan kelab POLITIK

logokuk

Assalamualaikum w.b.h,

“Taknakla masuk kelab umno korea,kelab politik”, “aku tak  suka politik” dan macam-macam lagi suara2 sumbang yang boleh kita dengar bila sebut sahaja tentang Kelab UMNO Korea. Sebenarnya,tanggapan mereka yang ‘terlebih faham’  ni perlulah diperbetulkan.Sebab? Sesuatu tu takkan terjadi kalau tiada penyebab kan? Ibarat pokok takkan bergoyang kalau tidak ada angin.Jadi marilah kita selami dan fahami tujuan sebenar KUK ini ditubuhkan…

Setiap dari kita mempunyai sejarah yang tersendiri.Begitu juga dengan Kelab Umno Korea Selatan.Krisis ekonomi yang melanda negara pada tahun 1997 turut memberi kesan kepada penghantaran pelajar Malaysia di Korea.Kebanyakan pelajar Malaysia yang ketika itu sudah menamatkan pengajian di Dongyang Technical College terpaksa dihantar pulang ke Malaysia berbekalkab segulung diploma sahaja ekoran krisis yang melanda.Penghantaran pelajar ke Korea juga terpaksa ditamatkan ketika itu. Berbekalkan semangat dan keazaman untuk terus belajar, eberapa orang pelajar Malaysia telah menggunakan saluran UMNO pusat di Malaysia untuk membantu mereka merayu kepada kerajaan supaya membenarkan mereka menyambung pelajaran sehingga ke peringkat ijazah. Dengan usaha yang gigih dan pertolongan dari UMNO pusat, program penghantaran pelajar Malaysia ke korea diteruskan pada tahun 2000 dengan seramai 25 orang pelajar dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan.

Sehubungan dengan itu sebagai tanda berterima kasih kepada kerajaan dan UMNO pusat maka Kelab Umno Korea(KUK) ditubuhkan secara rasminya pada tanggal 1 oktober 2001 dengan Arwah saudara Mohd Zaki B Mohd Noh sebagai pengerusi pertamanya. Sehingga kini Kuk terus maju menongkah arus pembangunan mendukung prinsip UMNO pusat dan kerajaan dalam semua aspek. Jangan dilupa kepada sejarah yang mencoretkan bahawa kelangsungan program Korea ini sebenarnya di atas jasa UMNO pusat dan beberapa orang anak muda yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Maka jelas di sini,matlamat penubuhan KUK bukan atas dasar politik,tetapi seperti yg telah dinyatakan tadi.

Sebenarnya kami barisan baru AJK 2009/2010 akan cuba memacu KUK ke arah yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Dan diharapkan sokongan ahli2 KUK tetap utuh dan sentiasa menyokong setiap program atau aktiviti yg dilaksanakan.
Segala kelemahan kami kaji, setiap kritikan kami teliti,dan suara anda semua akan kami dengari, untuk sama2 kita memacu KUK untuk satu aras yang lebih tinggi.
Seperti moto Kelab Umno Luar Negara, ‘MARTABAT BANGSA GEMILANG”, marilah kita sedar akan tanggung jawab kita dan bersama merealisasikannya,  InsyaAllah.

yg benar,

MOHD KHAIRULNIZAM BIN ZAHARI,
BIRO PENERANGAN DAN PENDIDIKAN KUK 2009/2010.

2 Responses to “Ini Sejarah Kelab UMNO Korea(KUK), ini bukan kelab POLITIK”

  1. Ghani Salleh says:

    naiseda nazim dan posot dan sume ajk KUK..jom2 join aktiviti KUK taon ni

  2. debatersaina03 says:

    thanks gani…jom2 supot kuk..^^

Leave a Reply