Blog Kelab Umno Korea

Sesi meja bulat bersama Y.B Dato’ Sri Mustapa Mohamed,Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
AJK  KUK telah mengadakan sesi meja bulat dengan Y.B Dato’ Sri Mustapa  Mohamed,Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semperna lawatan  rasmi beliau ke Korea Selatan selama seminggu.

Perbincangan banyak berkisar tentang isu-isu semasa dalam negara kita.Antaranya

isu tajaan/biasiswa luar negara  — biasiswa ini akan diteruskan tapi akan dikurangkan,bukan diberhentikan.Langkah ini diambil kerana tajaan ke luar negara agak mahal, memperkasakan universiti tempatan dan memperkasakan pelajar master/phd di Malaysia.Perbelanjaan negara perlu dikawal.Malaysia merupakan satu satunya negara yang paling banyak menghantar pelajarnya ke luar negara.

isu pendapatan rakyat rendah  tetapi keperluan rakyat tinggi  — Kerajaan mahu rakyat tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Kita mahu menjadi seperti Singapura kerana walaupun pemandu teksi tetapi tetapi gaji mereka tetap tinggi jika dibandingkan dengan Malaysia. Kira ke arah usaha itu dalam meningkatkan kadar pendapatan rakyat melalui bantuan pendidikan,peluang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang melebihi RM1000++ dan lain lain lagi. Kita akan cuba menyediakan peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi dalam mencapai faedah pada jangka masa yang panjang.

isu perpaduan umno dan pas  — Kebanyakan pemimpin kedua dua belah parti mahukan penyatuan tetapi ada juga yang tidak mahu bersatu.perkara ini akan terlaksana sekiranya masing masing melupakan kepentingan politik sebaliknya memikirkan nasib orang melayu dan Islam.

LAPORAN SEOUL FRIENDSHIP FAIR 2010
Saban tahun bagi meperkenalkan negara serta budaya negara masing-masing Korea telah mengadakan program Seoul Friendship Fair. Program ini memainkan peranan penting sebagai satu landasan untuk mempromosikan negara sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong ke negara. Tanggal 8 dan 9 Mei 2010 merupakan detik bersejarah buat Kelab Umno Korea (KUK) setelah dengan jayanya menganjurkan program Seoul Friendship Fair 2010. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya mendapat sambutan hangat semua pihak. Bukan sahaja disertai pelajar Melayu, namun program ini juga telah disertai oleh semua pelajar di bumi Korea sejajar dengan laungan “1 Malaysia” yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Program ini telah diadakan di sekitar kawasan Seoul Plaza bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 7 malam bagi kedua-dua hari. Antara aktiviti yang telah barjaya dilaksanakan adalah ‘Booth Makanan’ dan ‘Booth Kebudayaan’ serta Tarian Tradisional Malaysia oleh penari-penari yang juga merupakan pelajar Malaysia di Korea. Melalui kerjasama antara pihak Tourism Malaysia serta pelajar-pelajar, program ini sentiasa mendapat sambutan hangat daripada masyarakat negara luar. Persiapan dan penyediaan makanan pula telah dilakukan pada malam jumaat dan sabtu di kediaman En. Mohd Shukri b Hj Abdullah Sani, Penasihat Kelab UMNO Korea (KUK). Objektif program ini berjaya dicapai sebagaimana yang telah disasarkan. Antara objektif program ini adalah seperti berikut :

Memastikan para pelajar sedar bahawa dirinya bukan sahaja sebagai seorang pelajar di bumi Korea malahan sebagai duta kecil negara.

Meningkatkan lagi tahap pelancongan Malaysia melalui persembahan kebudayaan serta jualan makanan-makanan yang popular di dalam negara.

Program Seoul Friendship Fair merupakan satu peluang emas bagi negara untuk mempromosikan pelancongan negara. Bukan sahaja memberi peluang kepada setiap negara mempromosikan negara masing-masing malahan program ini menjadi medium bagi para pelajar berkomunikasi dengan wakil-wakil dari negara lain. Justeru secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan sesebuah negara tersebut. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan.

Booth Kebudayaan

Booth Makanan

Pesta Futsal KUK dan PPMK
Tanggal 2 Mei 2010 merupakan detik bersejarah buat Kelab Umno Korea(KUK) setelah dengan jayanya menganjurkan  program Pesta Futsal 2010.Program yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan hangat semua pihak.Bukan sahaja disertai pelajar Melayu, program ini juga telah disertai oleh semua pelajar di bumi Korea  sejajar dengan laungan “1 Malaysia” yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pesta Futsal ini diadakan di Padang Futsal Anyang-cheon bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang.Program berkembar dengan Persatuan Pelajar Malaysia Korea(PPMK) ini telah disertai oleh 9 kumpulan bagi kategori lelaki serta 4 kumpulan bagi kategori perempuan.Objektif program ini berjaya dicapai sebagaimana yang telah disasarkan.Antara objektif program ini adalah seperti berikut ;

1. Merapatkan kembali jurang ukhwah dalam kalangan pelajar.

2. Memilih pemain yang berpotensi bagi mewakili Malaysia Student Football Club(MSFC).

Barisan pimpinan KUK berbesar hati menerima kunjungan Encik Abdullah Zawawi serta Encik Hanisan dari pihak Kedutaan Malaysia untuk menjayakan upacara penyampaian hadiah dan penutup Pesta Futsal KUK pada kali ini.Diharapkan program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan lebih meriah.

Majlis Makan Malam Bersama S/U Kerja KULN
Tanggal 21 April 2010 Kelab Umno Korea(KUK) telah menerima kunjungan dari Setiausaha Kerja Kelab Umno Luar Negara(KULN),Encik Shariff Hamid.Beliau yang tiba dari Jepun atas lawatan kerja bersama Perdana Menteri berbesar hati untuk menganjurkan majlis makan malam bersama AJK KUK dan ahli-ahli kelab bertempat di Taj Palace Restaurant,Iteawon.Disebabkan minggu ini adalah dalam minggu peperiksaan,hanya seramai 30 orang AJK dan ahli berkempatan untuk menyertai jamuan ini.

Majlis bermula pada jam 8 malam dengan kedatangan semua tetamu termasuk Penasihat KUK,En Shukri Bin Abdullah Sani.Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi KUK,Saudara Mohd Hafizul Bin Ismail dan seterusnya dengan ucapan dari Encik Shariff sendiri.Dalam ucapan beliau menekankan peranan setiap ahli kelab sebagai ‘duta kecil’ negara untuk mempromosikan Malaysia di kalangan orang Korea.Beliau juga banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan untuk semua ahli bergerak dengan lebih kehadapan dalam semua asperk terutamanya dalam aspek pendidikan.

Jamuan mengambil tempat selepas sesi ucapan dan majlis berakhir pada jam 10 malam dengan sesi bergambar kenang-kenangan.Pada akhir jamuan Encik Shariff berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan daripada Seketeriat KULN sebanyak KRW 1 000 000 untuk program Futsal KUK dan juga Hari Keluarga KUK.

(Pengumuman) Kelas C++ dan Circuit secara percuma
Assalamualaikum WBH,

Ini adalah berita baik kepada sesiapa yang ingin menyertai kelas tambahan c++ dan subjek circuit secara PERCUMA. Saudara Ammar b Abdullah dari batch 5 ingin mengadakan kelas tambahan ini dan ingin membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai kelas ini. Berikut adalah butiran mengenai kelas tersebut,

Masa : 5:00 ~ 7:00 petang (setiap Sabtu)

Tempat : Korea University (tempat akan diberitahu kemudian)

Penyertaan : Terbuka kepada sesiapa sahaja.(tidak kira university,bangsa dan peringkat umur)

Diharapakan anda semua yang ingin mendalami ataupun mahu meningkatkan penguasaan dalam subjek tersebut akan merebut peluang keemasan ini. Kepada yang berminat anda bolehlah menghantar nama anda,batch dan university kepada kami selewat-lewatnya Jumaat ini (9 April 2010). Kerjasama anda saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan,anda bolehlah menghantar pertanyaan tersebut kepada kami.

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS T.Y.T DUTA BESAR MALAYSIA DI KOREA SELATAN
Pada 27 Mac 2010 yang lepas barisan AJK KUK sesi 2009/2010 telah membuat lawatan rasmi ke kediaman Yang Berbahagia Dato’ Ramlan Bin Ibrahim, Duta Besar Malaysia di Korea Selatan. Kediaman rasmi Duta Besar Malaysia yang juga dikenali sebagai Rumah Malaysia terletak di Hillside Residence, Hannam-dong. Lawatan ini telah diikuti oleh semua AJK KUK sesi 2009/2010 seramai 14 orang.

Barisan AJK tiba di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia pada jam 1.30 petang dan majlis dipengerusikan oleh saudara Mohd Khairulnizam Zahari selaku Biro Penerangan dan Pendidikan KUK sesi 2009/2010. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Tarmidzi Bakkery, Biro Keagamaan dan Kebajikan KUK 2009/2010. Selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan sesi taaruf bersama Dato’ Ramlan. Kesemua 14 orang AJK telah memperkenalkan diri masing- masing.

Selepas sesi taaruf, Dato’ Ramlan memberi sedikit ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau telah mengucapkan ucapan terima kasih kepada barisan AJK KUK yang membuat lawatan rasmi ke kediaman rasmi beliau. Selain itu, beliau juga menasihati agar semua barisan AJK menjalankan tugas masing- masing dengan sepenuhnya. Beliau juga menekankan agar KUK menjalankan tugasnya dalam menjaga kebajikan para pelajar Melayu di bumi Korea Selatan ini.

Majlis diteruskan dengan sesi makan tengahari. Selesai makan tengahari, Dato’ Ramlan berbesar hati untuk bergambar bersama barisan AJK KUK dan sedikit penyampaian cenderahati dari KUK kepada Dato’ Ramlan. Majlis tamat kira-kira jam 2.45 petang.

PERJUMPAAN AJK BERSAMA PENASIHAT KUK
Tanggal 13.3.2010 yang lepas telah diadakan perjumpaan barisan AJK KUK sesi 2009/2010 buat kali pertama dengan Penasihat KUK En Shukri Bin Abdullah Sani yang diadakan di kediaman beliau di U.N village,Hannam-Dong ,Seoul.Majlis ini dihadiri oleh semua 14 orang AJK KUK bersama beberapa orang AJK KUK sesi lepas.

Majlis bermula dengan BBQ pada jam 6 petang disusuli dengan solat maghrib berjemaah.Selepas itu acara menjamu selera mengambil tempat dan pada jam 9 malam diadakan solat Isyak secara berjemaah.Selesai solat Isyak para hadirin mengadakan bacaan yassin dan diakhiri dengan sesi taaruf bersama En. Shukri.

Dalam ucapan beliau semasa sesi taaruf, En Shukri menekankan kepada semua AJK agar sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berbentuk akademik dan juga bukan akademik.AJk juga perlu memberi perhatian kepada setiap yang berlaku di persekitaran mereka agar sentiasa berjaga-jaga dengan setiap kemungkinan yang datang.

Majlis tamat jam 11 malam.Barisan AJK KUK mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga En.Shukri kerana sudi menerima kedatangan kami pada malam itu.

SELAMAT MENGHADAPI SEMESTER BARU
Assalamualaikum Wbt..

Saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan selamat berjaya kepada semua ahli KUK untuk spring semester 2010.Tidak kira dimana anda semua menuntut pada masa ini,diharap anda dapat memberi sepenuh komitmen kepada pelajaran dan tidak lupa untuk menghadiri setiap program yang akan dirancang dan dikelolakan pada tahun ini.

Insyallah semoga kegigihan kita dalam apa jua bidang akan diberkatiNYA dan kita memperoleh manfaat dunia dan akhirat.

sekian,salam hormat.

MOHD HAFIZUL ISMAIL

PENGERUSI KUK 2009/2010

JALINAN MUSIM SEJUK 2009
Pada tanggal 25~27 Disember 2009 yang lalu,Kelab UMNO Korea dengan kerjasama Korea Islamic Malaysian Students(KiMS) dan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) telah mengadakan satu program winter camp iaitu Jalinan Musim Sejuk 2009.JALINAN MUSIM SEJUK 2009 merupakan satu program yang menyatukan semua pelajar muslim Malaysia di Korea dalam inisiatif mengeratkan ukhuwwah antara satu sama lain. Tidak dinafikan ukhuwwah merupakan satu elemen penting dalam dalam mengembalikan kegemilangan Islam yang dapat kita hayati dalam perjuangan Rasulullah SAW yang melahirkan generasi islam yang cemerlang yang mengubah sejarah dunia melalui elemen ukhuwwah.

OBJEKTIF

Memberi      peluang kepada semua pelajar muslim untuk      menghayati keindahan dan kesyumulan Islam serta mempraktikkan dan menerapkan      cara hidup dan nilai-nilai Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.

Memupuk      semangat ukhuwah dan mahabbah serta nilai-nilai murni dikalangan pelajar, serta mengeratkan hubungan      silaturrahim sesama mereka.

Melahirkan      generasi pelajar yang berdisiplin, berilmu, berdedikasi, muhibbah, dan harmoni      seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Mewujudkan      kesedaran di dalam diri para pelajar tentang pentingnya ilmu pengetahuan      dan tingginya martabat orang berilmu sebagaimana yang digariskan oleh      Islam seterusnya melahirkan generasi berilmu dan berpengetahuan baik dari      segi ilmu duniawi mahupun ukhrawi.

PENGISIAN PROGRAM

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) akan      dikelolakan dan dilaksanakan oleh fasilitator-fasilitator yang dipilih      dari kalangan pelajar.

Kuliah      keagamaan menekankan aspek Tanggungjawab sebagai Pelajar Muslim

Tayangan-tayangan      video-video berkaitan permasalahan umat islam di seluruh dunia seperti di      Palestin.

Riadah

Program pada tahun ini dianggap berjaya kerana mendapat sambutan yg baik daripada kalangan pelajar meskipun ramai yang pulang ke Malaysia. Kerjasama semua pihak juga wajar dipuji kerana tanpa semangat dan komitmen yang tinggi,JUMS2009 tidak mungkin akan terlaksana dengan jayanya. Dan maklum balas yang diterima juga sangat positif dan memberikan kami semangat untuk membuat yang lebih baik untuk aktiviti aktiviti KUK yang seterusnya.

Semoga apa yang kita kerjakan mendapat keredhaan Allah swt dan sama samalah kita berusaha ke arah yang lebih baik lagi.InsyaAllah~

Renungan bersama sempena minggu exam~
Assalamualaikum wrt.

Periksa…periksa…periksa,dan seperti biasa musim peperiksaan datang lagi untuk kesekian kali.Bagi rakan-rakan yang telah habis peperiksaan tahniah diucapkan dan bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan tahniah juga kerana anda juga bakal tamat peperiksaan,dengan jayanya InsyaAllah.

Sebagai pelajar kita semestinya mengharapkan yang terbaik dalam apa jua peperiksaan yang dihadapi.Akan tetapi Allah jualah yang mengkehendaki setiap sesuatu yang terjadi terhadap hamba-hambaNya.Oleh itu,yakinlah kita bahawa Allah tidak akan menzalimi hambanya yang telah berusaha.

Pepatah Arab menyebut

“من جدّ وجد من كسل ندم”

“Siapa yang bersungguh-sungguh dia mendapat(hasil)siapa,bermalas-malasan dia gagal”

Berkerja, berusaha dan berpenat lelah untuk mendapatkan rezeki diperintah oleh Allah. Insan tidak dibenarkan duduk berdoa menunggu rezeki datang tanpa berusaha. Namun, jika dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya disebabkan faktor-faktor yang berlaku di alam ini, maka kegagalan itu bukan lagi kesalahannya.

Dia diberikan pahala atas segala usaha dan kesungguhannya, sekalipun tidak berjaya. Bahkan dia diberikan ganjaran pahala yang lebih atas redha dan kesabarannya. Hendaklah dia beriman bahawa Allah boleh mendatangkan rezeki kepadanya dengan berbagai cara, sekalipun tanpa usaha daripadanya. Namun usaha adalah perintah Allah.

Walaupun usaha bukan faktor segalanya, namun ia adalah salah satu sebab yang Allah letakkan di alam ini untuk rezeki diberikan kepada seseorang hamba. Kegagalan usaha adalah ujian Allah yang biasanya berlaku disebabkan sistem atau perjalanan alam yang Allah tetapkan juga. Ini seperti kemarau, hujan, kezaliman, persaingan hamba-hamba Allah yang lain dan seumpamanya.

” Karim tu elok je dapat makah tinggi. Time org solat die tido. Bangun main game. Study gitu-gitu jer. Dapat markah tinggi belaka”.

Kadang-kadang kita cemburu dengan insan yang cemerlang mekipun kurang usahanya berbanding usaha kita.Tetapi adakalanya Allah menguji hambaNya dengan musibah. Untuk menjadikan hambaNya dekatkan diri padaNya,mengadu padaNya. Nikmat juga, sebenarnya ujian dari Allah, dimana ingin melihat sejauh mana hambanya bersyukur. Apa yang ditakuti, apa yang berlaku pada sahabat tadi bagai ujian dari Allah yang akhirnya akan timbulnya istidraj. Allah memberikan nikmat yang berganda dan tidak putus-putus, sedangkan hambanya tidak bersyukur serta takbur lalu Allah membiarkan hambanya semakin jauh. Ditambahkan lagi nikmat kepadanya. Bagai firaun yang leka sehingga tahap mengaku tuhan dan akhirnya mati dalam kemurkaan Allah s.w.t. nauzubillah.

Jika kita berhajat untuk cemerlang peperiksaan,berdoalah.Berhajatlah dengan tertib yang diajar oleh Al-quran dan sunnah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)

Dalam masa yang sama kondisi hati kita juda memainkan peranan dalam penerimaan doa oleh Allah, dalam hadis menyebut:

Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin akan dikabulkan. Ketahuilah! Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menerima doa yang lahir dari hati yang lalai dan alpa”. (hadis al-Tirmizi)

Akhirul kalam,anda adalah insan yang berjaya.